“Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan”

110,412
0
Published 2024-06-20
“Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan”
Ruangan : Wawansabda Bahasa
Editor : Yusaida Yusof
Penulis : Rosli Mohd Nordin
Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn
Jurufoto, Videografer & Visual Editor : @azrul_azizi_aziz
Lokasi : Taman Burung, Kuala Lumpur (Terima kasih Pengurus Komunikasi Taman Burung
Kuala Lumpur, Taufik Sharif)
Majalah : Dewan Bahasa
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
Isu : April 2023

“Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan”
Oleh : Rosli Mohd Nordin

Pada hari raya Aidilfitri tahun 2019, sebuah video perbualan antara seorang remaja
lelaki dengan seorang gadis Mat Salleh yang amat fasih bercakap dalam bahasa
Melayu loghat utara atau lebih tepatnya loghat orang di negeri Pulau Pinang tular di
pelantar Facebook.

Masakan masyarakat umum tidak terkejut, kerana si pemilik rambut
perang ini jika dilihat dan diamati, tiada langsung kelihatan beliau merupakan anak
campuran yang beribukan wanita Melayu Pulau Pinang dengan lelaki British. Rita
Kalsom Rafi @ Mangan hanya tertawa apabila ramai orang yang terkejut mengetahui
beliau fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan merupakan rakyat Malaysia.

Lebih mesra dikenali sebagai Rita, wanita yang merupakan Guru Kesihatan-Yoga dan
usahawan ini selain lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu, jati diri beliau
sebagai rakyat Malaysia juga menyebabkan Rita amat bangga menjadi rakyat negara
ini. Ikuti temu ramah Rosli bersama Rita bagi mengisi ruangan Wawansabda Bahasa.

Latar akademik Rita.
Wanita berketinggian 173 sentimeter ini mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan SMK Saint George, Balik Pulau dan Convent Light Street School,
George Town. Ketika berusia 10 tahun, Rita berpindah ke North East Lincolnshire, England
kerana ayah Rita tinggal perkampungan tersebut. Alasan ayah Rita berbuat demikian

ialah kerana Rita tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Ketika mula-mula
pindah di sekolah tersebut, Rita agak janggal untuk menyesuaikan diri di sekolah
tersebut kerana perbezaan budaya khususnya bahasa dan cuaca.

Namun perlahan-lahan keadaan tersebut dapat diatasi sementelah Rita bersama kakak dan
adik lelakinya juga turut tinggal bersamanya. Usai menamatkan sekolah rendah, Rita
menyambung persekolahan peringkat menengah di Healing Comprehensive School,
North East Lincolnshire.

Latar akademik Rita tidak terhenti di situ, beliau menyambung pengajian peringkat
diploma dalam bidang Fotografi dan Geografi di Franklin College (Grimsby). Selepas
memikirkan minat dan keperluan pasaran kerja, Rita mengambil keputusan
menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Hull dalam bidang Pemasaran
dan Pentadbiran.

Ikuti Podcast Wawansabada Bahasa yang dibawakan khas oleh majalah Dewan Bahasa
terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

All Comments (21)
  • @MrOner07
    sayang betul... rita ni sangat layak jadi duta pelancongan. seorang rakyat malaysia yang sangat unik... tapi pendatang yang taktahu apa2 pasal malaysia jugak yang dilantik.
  • @adamzack9259
    Sepatutnya Rita Mangan di ambik/lantik sebagai duta pelancongan Melaka/M'sia berbanding Fan Bing Bing..
  • @RiggerHippie
    Tak pelat langsung. Caprice patut tonton video ni...
  • @TheNorhilmi
    WOW, melayu dia lebih fasih dari menteri pelancongan yang ada passport merah😅
  • harap menteri2 dpt ambik iktibar supaya lebih pandai berbahasa malaysia walaupun loghat negeri,
  • Kenal sangat. Emak dia cikgu Geografi. Kak dia Nani, adik dia Yusof. Saya dulu selalu lepak dengan ayah dia dengan motor Norton dia kami kadang-kadang keliling Balik Pulau. Ayah dia kami panggi Mat Rapi.
  • amboiii diaaa...loghat dok pior elok gi nooo...salute to you girl ...maintaining your humble Malaysian kampung girl.Keep it up
  • @mrsaifulbahari
    aku perasan yg darah campuran ni kalau luaran dia byk ikut orang putih, dalaman dia banyak ikut melayu. Kalau yg luaran byk ikut melayu, dalam banyak cenderung omputeh.
  • aku kenal rita ..dia ada belakon youtube zukiee muhammad.. minah saleh kene air ketum.. berdekah siak 🤣🤣
  • @mrskyz8976
    Steady la Rita.. respect sama you.. duduk malaysia tak smpai berpuluh tahun.. tapi ckp melayu mmg fasih.. terbaikkk
  • @nss2861
    Wow! Impressive. Yes Rita should be more than just rakyat biasa. She can do wonders to Malaysia. Rita should be Duta Pelancongan, bawa nama Malaysia ke seluruh pelusuk dunia.
  • @kluangh1tam
    Bihun goreng dan kek, menu popular sambutan hari jadi zaman 80an 90an kalau jemput2 tetamu. Bihun dihiasi hirisan telur dadar.
  • @Bunggil
    Marka Balik Pulau ni...loghat Penang dia berjabu.
  • @saharrudin6868
    dia orang penang..bapak dia orang putih emak dia melayu
  • Suka tgok rita. Mat saleh ckp loghat utagha. Tgok rita berhari raya dgn sepupu2 dan makcik2 dia kat penang.
  • Jujur cakap kepada cik Rita Pantun terbaik Beauty with brain Saya suka apabila dia bercakap jujur telus dan ikhlas...Kind regards from Rawang Selangor
  • @AR_RAIN
    Dpt disimpulkan warganegara yg tak fasih bahasa tanda hati dgn jiwa die bmusuh, buruk sangka, pandang rendah dgn org setempat.